Berita

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG [LAPORAN EKSKLUSIF] OP BENTENG: 300 “WIRA HUTAN” PDRM KAWAL SEMPADAN DARATAN MALAYSIA-THAILAND


Kubang Pasu, 26 Julai 2020 – Seramai 300 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 3, Briged Utara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam penugasan Op Benteng di sempadan daratan Malaysia-Thailand bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) terutama melalui 'lorong-lorong tikus'.

Selain PDRM, Op Benteng di bawah National Task Force (NTF) juga disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Dalam satu liputan eksklusif yang diadakan di sini, baru-baru ini, Timbalan Komander PGA Briged Utara, ACP Tuan Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata selain rondaan jalan kaki, dua buah kereta perisai jenis Sankey AT-105 dan Komando V150 milik PGA turut digunakan bagi membanteras sebarang aktiviti pembolosan di sepanjang 117 kilometer kawasan pagar sempadan.

Jelas beliau lagi, PGA yang pakar dalam selok belok operasi dalam hutan, turut berkongsi maklumat risikan dengan pasukan keselamatan lain dalam memastikan cubaan menyeludup PATI dan barangan terlarang seperti daun ketum dapat dipatahkan.

Menurutnya, PGA Batalion 3 telah merekodkan kejayaan dengan penangkapan 23 PATI bersama tiga rakyat tempatan dan rampasan pelbagai barangan, hanya dalam tempoh tiga minggu terlibat dalam operasi tersebut.

“Bermula dari 1 hingga 22 Julai lalu, PGA Batalion 3 merekodkan 25 kes tangkapan dan rampasan barangan dari pelbagai jenis kesalahan di bawah Akta Imigresen, Akta Racun, Akta Dadah Berbahaya, dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 di sempadan negeri Perlis dan Kedah.

"Di samping itu, bantuan rondaan udara secara berkala oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) juga memperkuatkan lagi penugasan PDRM dalam memastikan aktiviti penyeludupan berjaya dibanteras secara total," jelasnya lagi.

Selain daratan, PDRM juga terlibat dalam memastikan perairan sempadan di seluruh negara sukar dibolosi oleh mana-mana pihak sebagai usaha berterusan kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, sepanjang tiga hari program liputan eksklusif berlangsung di Perumahan AKSEM, di sini, bermula Rabu hingga Jumaat lalu, seramai 20 orang pengamal media berpeluang mengetahui lebih terperinci mengenai rutin penugasan Op Benteng.

Liputan tersebut termasuk penugasan pemantauan oleh PGA di 'lorong-lorong tikus' dari Bukit Kayu Hitam ke Padang Besar, Perlis, demonstrasi penyeludupan PATI ke dalam negara oleh anggota JKDM dan temu bual dengan beberapa tahanan PATI di Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Pihak media juga berkesempatan mengikuti pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota keselamatan terhadap kenderaan di laluan sempadan, selain dibawa ke Pos Batu 34 dan Pos Sahara di Kuala Nerang untuk melihat secara dekat penugasan kawalan dilakukan.

Tidak terkecuali, tinjauan ke sebuah laluan rahsia yang digunakan oleh ahli sindiket untuk menyeludup daun ketum, sebelum aktiviti tersebut berjaya dihidu oleh pihak berkuasa hasil daripada operasi tanpa henti dilakukan.

Terakhir, pihak media turut menyaksikan demonstrasi masakan medan oleh anggota ATM dengan menggunakan Ransum Tempur Bantuan Kering (RTBK) yang dibekalkan kepada setiap anggota bertugas.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 5 people, shoes and outdoor
Rampasan daun ketum bagi tempoh 22 hari (1 hingga 22 Julai 2020) penugasan mencecah berat 6,226 kilogram dianggarkan bernilai hampir RM 313,220.00.

Image may contain: 2 people, people standing, tree and outdoor
Rondaan perimeter (pagar) dan tinjauan di PB 11.

Image may contain: car, tree and outdoor
Antara laluan yang ditempuhi bagi meninjau kawasan 'lorong tikus' di Pos 34 Kem Sahara.

Image may contain: 6 people, people sitting, text that says 'MILIK PDRM NE NATIONAL TASK FORCE LAYSIA NATIONAL FORCE'
Sidang Media Khas Op Benteng bersama pihak media yang berlangsung di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor
Antara kenderaan yang dirampas.

Image may contain: sky and outdoor
Sekitar rondaan perimeter (pagar) di laluan keselamatan Bukit Kayu Hitam ke Padang Besar.

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor
‘Walking brief’ kawasan operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos C 15.

Image may contain: 6 people, people standing, tree and outdoor, text that says 'PDRM'
Pengamal media dipertontonkan cara penyeludup membolosi pagar keselamatan.

Image may contain: one or more people, people standing, tree, outdoor and nature, text that says 'DRM'
Rondaan perimeter (pagar) dan tinjauan ‘lorong tikus’ sepanjang laluan keselamatan Bukit Kayu Hitam ke Padang Besar.

Image may contain: 6 people, tree, motorcycle and outdoor
Antara rampasan daun ketum yang berjaya dirampas oleh anggota PGA di Pos PB 29.

Image may contain: 1 person, sitting
Sekitar temu bual oleh pengamal media.

Image may contain: one or more people, people on stage, shoes and outdoor, text that says 'PDRM'
Pemeriksaan kenderaan oleh anggota AKSEM.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Tinjauan tembok oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di kawasan bebas cukai Bukit kayu Hitam.

Image may contain: one or more people
Pihak media turut menyaksikan demonstrasi masakan medan oleh anggota ATM dengan menggunakan Ransum Tempur Bantuan Kering (RTBK) yang dibekalkan kepada setiap anggota bertugas.

Image may contain: 1 person, tree and outdoor
Antara laluan dari Pos Batu 34 ke Batu Sempadan 34.

Image may contain: 7 people, tree, crowd and outdoor
Bergambar kenangan di Menara Pemerhati di Kem Sahara.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS