Berita

[VIDEO PILIHAN] FITNAH POLIS: TERTUDUH KINI DISIASAT

Jom saksikan wawancara khas melalui panggilan telefon oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah mengenai video tular yang mendakwa tiada tindakan diambil oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dalam kejadian pecah amanah di Pangsapuri Anggun, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Penyiasat kes dan ia disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana menyalahgunakan platform media sosial.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS