Berita

PRASARANA MODEN IPD SENTUL TINGKATKAN KUALITI KERJA WARGANYA

Kuala Lumpur, 29 Julai 2020 – Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (IPD) bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dengan adanya prasarana moden dan ruang yang selesa apabila berkunjung ke IPD baharu itu.

IPD Sentul yang siap dibina semula pada tahun 2014 telah membuat rombakan persempadanan pentadbiran semula dengan keluasan kawasan pentadbiran merangkumi 54 kilometer persegi terdiri dari tiga buah balai iaitu Balai Polis Sentul, Balai Polis Jinjang dan Balai Polis Kepong.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dalam ucapan perasmiannya berkata, kompleks IPD yang tersergam indah itu, adalah bukti komitmen tinggi kerajaan dalam menyokong usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperkasakan lagi pelan keselamatan kepada masyarakat, khususnya di bawah pentadbiran IPD Sentul. 

"Selain menjadi mercu kebanggaan buat warga IPD, ia juga dapat memberikan persekitaran kerja lebih kondusif buat warga kerjanya, serta keselesaan kepada masyarakat setempat yang berurusan di sini,” katanya.

Beliau berharap agar seluruh warga IPD Sentul dapat memberikan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti kepada masyarakat seterusnya mengekalkan momentum kecemerlangan Pasukan dalam menjaga kesejahteraan serta keamanan tanah air tercinta.

Majlis tersebut turut dirancakkan dengan persembahan gimik pelancaran, 'T-Baton' oleh anggota IPD Wangsa Maju dan upacara menanam pokok oleh Dato’ Pahlawan Mazlan di perkarangan IPD.

Seusai majlis perasmian, Dato' Pahlawan Mazlan dibawa melawat ke Balai Polis Sentul dan seterusnya melihat pameran "Botak Chin" dengan diiringi oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Mazlan Lazim bersama barisan pucuk pimpinan Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir ke majlis perasmian tersebut adalah Timbalan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri, barisan Pengarah PDRM dan isteri, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S. Shanmugamoorty Chinniah serta para pegawai kanan PDRM.

Image may contain: 1 person, standing
Penyerahan replika kunci IPD Sentul sempena Majlis Perasmian IPD Sentul.

Image may contain: 1 person, standing
Gimik pelancaran perasmian IPD Sentul.

Image may contain: 5 people, people standing
Sekitar Majlis Perasmian IPD Sentul yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 1 person, crowd and outdoor
Kawalan Kehormatan dan Panji Utama PDRM diarak masuk ke medan perbarisan sempena Majlis Perasmian IPD Sentul.

Image may contain: 5 people, people standing
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor di Majlis Perasmian IPD Sentul.

Image may contain: 18 people
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor memeriksa baris Kawalan Kehormatan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS