Berita

ARTIKEL PILIHAN: PDRM TINGKATKAN KEMAHIRAN CPR PEGAWAI, ANGGOTA

Kuala Terengganu, 10 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melatih pegawai dan anggotanya terutama yang bertugas di Unit Kereta Peronda (MPV) pengetahuan dan kemahiran resusitasi kardiopulmonari atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ (CPR) bagi menyelamatkan nyawa orang awam ketika menjalankan tugas.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata latihan itu akan diberikan secara berperingkat kepada pegawai dan anggota dengan dibantu Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ini kerana kita tidak tahu bila kemalangan akan berlaku atau ada orang awam mengalami masalah pernafasan atau sakit jantung. Sekiranya mereka mempunyai kemahiran CPR ini mereka akan dapat memberi bantuan awal sebelum ambulans tiba.

“CPR ini akan menjadi sebahagian daripada latihan dalaman kepada petugas kita,” katanya.

Sumber: BERNAMA