Berita

POSTING PILIHAN: POLIS TERENGGANU TERIMA 14 BUAH KERETA PERONDA POLIS (MPV) BAHARU

Kuala Terengganu, 10 September 2020 – Polis Kontinjen Terengganu menerima 14 buah Kereta Peronda Polis (MPV) baharu model Honda Civic 1.8s dalam satu majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Terengganu, di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Zainal Abidin Kasim.

Kesemua kenderaan tersebut merupakan sebahagian daripada 425 unit MPV baharu yang diterima secara sewaan di seluruh negara melalui konsesi dengan Syarikat Spanco Sdn. Bhd. bagi menambah unit kenderaan sedia ada.

Semua unit tersebut dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini seperti peralatan komunikasi RMPNeT, perakam video digital mudah alih dan MPV Kit.

Dato' Zainal menegaskan, penambahbaikan tersebut adalah bagi memudahkan anggota MPV menjalankan tugas di lapangan melalui penyediaan kenderaan serba canggih dan moden.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memberikan servis terbaik dan berkualiti kepada masyarakat sebagai tanda penghargaan dan timbal balas kepada kemudahan dan keselesaan yang diberikan," ujar beliau.

Dalam majlis tersebut, Dato' Zainal turut menyampaikan Surat Penghargaan kepada para pegawai dan anggota PDRM serta petugas agensi-agensi lain yang terlibat dalam penguatkuasaan Op COVID-19 bermula 18 Mac lalu hingga sekarang.

Antaranya dari Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera Malaysia, RELA Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu.

Turut hadir, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Roslee Chik, Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Dato' Rohaimi Md Isa, barisan ketua jabatan, pegawai kanan polis dan rakan media.

Sumber: Facebook Polis Terengganu

Image may contain: one or more people, people standing, people walking, shoes and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: 4 people, people standing, beard, shoes and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS