Berita

[UPDATE] LELAKI TUNGGANG MOTOSIKAL GUNA KAKI BERJAYA DITAHAN

Kuala Lumpur, 14 September 2020 - Lelaki yang membuat 'aksi sarkas' ketika menunggang motosikal di Jalan Kuching, kelmarin, ditahan polis malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Tuan Zulkefly Yahya berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Trafik Tun HS Lee pada 8.45 malam.

"Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian saringan air kencing.

"Keputusan ujian saringan berkenaan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tuan Zulkefly berkata, suspek akan dipohon reman hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/620325/lelaki-buat-aksi-sarkas-…

Sumber: Harian Metro

Image may contain: motorcycle and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS