Berita

SEMINAR KRIMINOLOGI TINGKAT PENGETAHUAN PESERTA TANGANI ISU JENAYAH

Cheras, 12 Oktober 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pusat Pengajian Sains Pengurusan, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur (KL) telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Bidang Kriminologi dan Kepolisan di Malaysia: Isu dan Pendekatan melalui Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) di Maktab PDRM KL, di sini, pagi tadi.

Seminar yang dijalankan bertujuan mendalami pengetahuan mengenai bidang kriminologi dan kepolisan dalam Pasukan selain turut membincangkan bagaimana dapatan kajian berkenaan memberi impak ke atas bidang kepolisan dan membendung perlakuan jenayah secara keseluruhannya.

Berucap di hadapan 250 pemimpin-pemimpin tertinggi PDRM seluruh negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Huzir Mohamed yang mewakili Ketua Polis Negara berkata, kriminologi merupakan salah satu cabang dalam bidang sosiologi, menjalankan kajian tentang jenayah, penjenayah dan juga mangsa jenayah itu sendiri.

“Melalui disiplin kriminologi, kita dapat mengenali trend jenayah masa kini, memahami permasalahan sosial mangsa dan penjenayah serta kaedah-kaedah yang dapat membantu dalam pencegahan jenayah.

“Sesungguhnya, peranan ahli-ahli kriminologi yang giat menjalankan penyelidikan tentang jenayah, merangkumi aspek-aspek jenayah fizikal, sosiologi dan psikologi, amatlah dihargai. Hasil kajian-kajian tersebut telah memberi kefahaman yang mendalam tentang motif jenayah, kecenderungan jenayah, serta bagaimana mencegah jenayah daripada berulang,” ujarnya lagi.

Beliau berharap agar peserta yang menghadiri seminar tersebut dapat memanfaatkan peluang yang diberikan dengan berbincang dan berkongsi pandangan mengenai hala tuju penyelidikan kriminologi dengan lebih mendalam.

“Sesungguhnya, saya melihat platform ini, sebagai gedung ilmu untuk kita memperkasakan lagi pengetahuan tentang kebergantungan kriminologi dengan bidang kepolisan, yang mana selama ini kebanyakan daripada kita masih kabur akan kepentingannya,” tambah beliau lagi.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Ramli Haji Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Zainuddin Yaacob, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Azisman Alias, Komandan Maktab PDRM KL, DCP Dato' Tan Chong Jin, Pakar Kriminologi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Dr. Teh Yik Koon, Pakar Kriminologi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamad Rahim Kamaluddin, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan, SAC Tuan Abd Razak Md Zin dan para pegawai kanan PDRM.

Image may contain: 2 people, indoor
Nyanyian lagu Negaraku dan Polis Sedia Berkhidmat.

Image may contain: 1 person, outdoor, text that says 'PDRM MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALALUMPUR'
Sesi taklimat oleh Pakar Kriminologi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Dr. Teh Yik Koon.

Image may contain: 4 people, people standing and indoor
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Ramli Haji Din.

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Zainuddin Yaacob.

Image may contain: 3 people, people standing
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Azisman Alias.

Image may contain: 1 person, sitting
Sekitar seminar berlangsung.

Image may contain: 5 people
Sekitar seminar berlangsung.

Image may contain: 8 people, people sitting
Sekitar seminar berlangsung.

Image may contain: 1 person, text
Ucapan perasmian seminar oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Huzir Mohamed.

Image may contain: 2 people, people standing
Sesi penyampaian cenderahati daripada Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Tan Chong Jin kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Huzir Mohamed.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS