Berita

POSTING PILIHAN: PPM KOTA KINABALU SELAMATKAN TIGA NELAYAN ALAMI KEROSAKAN ENJIN DI LAUT

Kota Kinabalu, 14 Oktober 2020 - Sepasukan pegawai dan anggota Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menyelamat tiga nelayan selepas enjin bot rosak dekat Karambunai, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, operasi dijalankan selepas menerima laporan berhubung bot nelayan yang meminta bantuan kerana hanyut.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, ASP Enturan Lageh, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menggerakkan sebuah bot ronda ke kawasan sekitar dan menemui bot berkenaan kira-kira 12 batu nautika dari pangkalan PPM Kota Kinabalu.

"Ketiga-tiga nelayan berusia 30 hingga 40-an itu berasal dari Kampung Lok Urai, Pulau Gaya dan mereka semua ditemui selamat.

"Enjin bot mereka rosak enjin kira-kira jam 1.30 pagi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

ASP Enturan berkata, bot ronda PPM menunda bot nelayan berkenaan ke Kampung Lok Urai, Pulau Gaya.

Sumber: Pasukan Polis Marin dan Berita Harian

Link: https://www.facebook.com/pasukanpolismarin/posts/10158553890941992

Image may contain: one or more people, people standing, ocean, sky, mountain, outdoor, water and nature

Image may contain: one or more people, ocean, sky, outdoor, water and nature

Image may contain: one or more people, people standing, ocean, sky, outdoor, water and nature

Image may contain: one or more people, people standing, ocean, sky, outdoor, water and nature
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS