Berita

ARTIKEL PILIHAN: JANGAN BERPUSU-PUSU KE BALAI POLIS DAPATKAN KEBENARAN

#PKPB #COVID-19

Putrajaya, 15 Oktober 2020 - Orang ramai yang mahu mendapatkan kebenaran rentas sempadan daerah atau melalui kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dinasihatkan tidak berpusu-pusu ke balai polis untuk berbuat demikian.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya mereka yang mempunyai keperluan mendesak saja perlu mendapatkan borang namun mereka yang mempunyai urusan sosial seperti menziarah atau urusan peribadi tidak dibenarkan berbuat demikian.

Beliau berkata, apa yang perlu dilakukan sepanjang dua minggu PKPB dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah untuk mengurangkan pergerakan supaya rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memudahkan perkara itu dengan membolehkan borang permohonan permit pergerakan ini dimuat turun dari laman sosial Facebook PDRM.

"Selepas borang berkenaan dicetak, ia perlu diisi dan hanya perlu ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan tandatangan ketua polis balai.

"Borang permohonan permit pergerakan juga boleh diperoleh dari balai polis terdekat. Borang yang selesai diisi perlu diserahkan kepada balai polis berdekatan untuk mendapatkan tandatangan ketua polis balai.

"Borang yang sudah di tandatangan dan dicop boleh ditunjukkan sewaktu melalui sekatan jalan raya (SJR)," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/jangan-berpusu-pusu-ke-balai-p…

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS