Berita

ARTIKEL PILIHAN: KPN KUNJUNGI TUN ABDULLAH, MAKLUM HASIL SIASATAN KES BERITA PALSU

Kuala Lumpur, 16 November 2020 - Selepas kira-kira tiga bulan tersebarnya berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador hari ini mengunjungi bekas perdana menteri itu, bagi memaklumkan status siasatan kes berkenaan.

Tan Sri Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Tun Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka, di sini.
Tan Sri Abdul Hamid berkata, beliau mengambil tanggungjawab untuk hadir sendiri menemui Tun Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, bagi memaklumkan mengenai siasatan kes itu.

Jelasnya, dua individu termasuk penulis artikel telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penularan berita berkenaan.

“Pihak saya telah melakukan siasatan dan daripada siasatan tersebut, kita dapati apa yang ditulis tidak mempunyai niat tidak baik, salah komunikasi, tersilap. Kita telah mengambil tindakan memanggil penulis artikel tersebut dan semuanya dah tidak ada apa-apa, tiada kes,” katanya.

Katanya, siasatan juga mendapati seorang lagi individu menyebarkan perkara tersebut kerana menyangka ia merupakan berita yang betul, tanpa sebarang niat untuk mengaib dan memalukan sesiapa.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1901864
Sumber: