Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJK SAKSI SERAH TERIMA TUGAS KP MELAKA

Melaka, 16 November 2020 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob menjadi saksi serah terima tugas Ketua Polis Negeri di antara DCP Datuk Wira Mat Kasim Karim dengan DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali yang berlangsung di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Dalam majlis sama, turut diadakan upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) antara Datin Hayati Dali dan Datin Nornisah Kamis. Turut hadir barisan ketua jabatan, para pegawai kanan dan pihak media.








PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS