Berita

POSTING PILIHAN: KPN ADAKAN LAWATAN KERJA KE MENARA JSJK BUKIT AMAN


Kuala Lumpur, 18 November 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang bertempat di Menara KPJ, tengahari tadi.

Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Pengarah JSJK, CP Dato' Zainuddin Yaacob dan timbalannya, CP Dato' Kamarudin Md Din.

Lawatan itu bertujuan meneliti hasil kerja jabatan tersebut disamping menyampaikan amanat dan nasihat agar warga JSJK sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang profesional, berkualiti serta berintegriti kepada masyarakat.

Turut hadir, para pegawai dan warga kerja JSJK.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS