Berita

[ARTIKEL PILIHAN] MACAU SCAM, JUDI DALAM TALIAN: KERTAS SIASATAN BABIT PEGAWAI, ANGGOTA POLIS AKAN DIBUKA – KPN

Kuala Lumpur, 19 November 2020 - Kertas siasatan pembabitan pegawai kanan dan anggota polis yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu ditahan bagi membantu siasatan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam, akan dibuka berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya ketika ini sedang menunggu maklumat lanjut daripada SPRM untuk melengkapkan siasatan kes itu.

“Saya masih tunggu maklumat daripada SPRM (dan) apabila memperolehi maklumat itu maka kami akan meneruskan dengan siasatan seterusnya.

“Ketika ini pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kaitan dengan Macau Scam dan judi dalam talian itu ditempatkan di jawatan yang tidak sensitif namun itu tidak bermakna ia berhenti di situ saja. Saya akan mempertimbangkan tindakan lanjut apabila dapat maklumat,” katanya kepada BERNAMA.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1902952

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS