Berita

#PKPB #COVID-19 VIDEO PILIHAN: DOAKAN KESELAMATAN MEREKA YANG BERKORBAN DEMI KITA SEMUA

Jika diberi pilihan, kami pasti tiada siapa sanggup melaksanakan tugas dan berhadapan dengan pelbagai risiko yang mengancam nyawa seperti ini.

Namun, demi sayangkan kalian semua, para petugas barisan hadapan sanggup berkorban dan meninggalkan keluarga tercinta asalkan usaha mengekang penularan wabak COVID-19 berjaya dilaksanakan.

Tiada balasan yang diharapkan daripada anda, cuma luangkanlah sesaat masa yang ada agar dapat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat mereka semua.

Semoga wira-wira yang sedang berjuang di lapangan ketika ini diberi perlindungan oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Lokasi: Sekatan Jalan Raya (SJR) di Tol Pendang dan hadapan Balai Polis Alor Janggus, Alor Setar, Kedah.

Sumber video: Polis Kedah

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Link: https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/751377168797690/ 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS