Berita

POSTING PILIHAN: PUJI KETEGASAN KETUA POLIS NEGARA

Kuala Lumpur, 19 November 2020 - Keputusan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador untuk mengambil tegas terhadap salah laku warganya termasuk pegawai kanan yang disyaki mempunyai kaitan dengan penjenayah sindiket judi dalam talian dan Macau Scam yang didedahkan pada Isnin lalu sangat dipuji.

Ini langkah tepat yang perlu diambil secara berterusan kerana sindiket berkenaan sebenarnya barah kronik yang telah membuatkan ramai rakyat Malaysia merana akibat ditipu hingga lebur wang simpanan dan wang pencen.

Tan Sri Abdul Hamid turut menyatakan pihaknya sudah membuat rombakan besar-besaran melibatkan lebih 20 anggota, pegawai dan pegawai kanan pasukan keselamatan.

Ia sebagai langkah pertama pihaknya dalam mengambil tindakan terhadap anggota yang bersekongkol dengan penjenayah.

Bagi rakyat, adalah tidak wajar anggota polis yang dipandang tinggi kerana uniformnya bersekongkol dengan penjenayah dek kerana gelap mata dengan habuan lumayan yang mungkin ditawarkan.

Mana-mana anggota yang disahkan terlibat dengan jenayah ini, ketahuilah anda sepatutnya tidak layak lagi bergelar penjaga keamanan, sebaliknya patut menerima hukuman yang lebih berat.

Kepada Ketua Polis Negara, lakukanlah yang terbaik buat pasukan PDRM agar jenayah licik ini dan pihak yang bersekongkol berjaya dihapuskan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/article/110858/SUARA-SINAR/Lidah-Pengarang/Puji-ketegasan-Ketua-Polis-Negara?fbclid=IwAR24H-sVmdG3UPueDxXyRmZgWzIkfTqGz_mYqXhJN7S6TcMvkCuuNB6dcHw

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS