Berita

  • #InfoKPN: JOM KENALI KPN KEENAM

    Feb 04, 2020
    Ketua Polis Negara Keenam: Tan Sri Norian Mai (08.01.1999 – 04.11.2003) Tan Sri Norian Mai dilahirkan di Hilir Perak, Perak pada 5 November 1946. Beliau mendapat pendidikan awal di Government English School, Teluk Intan, Perak, 1959, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, 1963. Setelah lulus dengan cemerlang di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sejarah pada tahun 1968 dan Diploma Pentadbiran Awam. Tan Sri Norian telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Puan Sri Rokiah Ismail dan telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
    Baca Lagi
  • #LegasiPejuangSeragamBiru KOPERAL MOHD AZRUL TUKIRAN

    Feb 04, 2020
    Koperal (Kpl) Mohd Azrul Tukiran dilahirkan pada 23 September 1986 di Rantau Panjang, Klang, Selangor. Beliau mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Jun 2006 sebagai Konstabel dan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan. Sejurus tamat menjalani latihan, Kpl Azrul telah ditempatkan di Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Tawau, Sabah.
    Baca Lagi
  • TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI KAWAL SELIA SC

    Feb 03, 2020
    Kuala Lumpur, 3 Februari 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Puan Foo Lee Mei di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
    Baca Lagi
  • LIMA PEGAWAI DAN ANGGOTA OPERATIF BERJAYA KIBAR BENDERA UTK, SANG SAKA BIRU DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

    Feb 02, 2020
    Seramai lima pegawai dan anggota operatif Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya dalam program mengibarkan bendera UTK dan Sang Saka Biru pada puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu, di sini, semalam.
    Baca Lagi
  • LEBIH 2,000 HADIR TAZKIRAH PERDANA USTAZ DR. ABDUL SOMAD DI BUKIT AMAN

    Feb 02, 2020
    Kuala Lumpur, 2 Februari 2020 - Lebih 2,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir memenuhi segenap ruang dewan solat utama Masjid Bukit Aman bagi mendengar tazkirah perdana yang disampaikan oleh pendakwah dan ulama terkenal Indonesia, Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara, di sini, petang tadi.
    Baca Lagi
  • LATIHAN MENEMBAK BERSAMA MEDIA PUPUK KEFAHAMAN PENUGASAN UTK

    Feb 02, 2020
    Sungai Buloh, 2 Februari 2020 - Sempena ulang tahun ke-45 penubuhannya, Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan satu program latihan menembak bersama para pengamal media di Lapang Sasar PDRM, di sini, pagi tadi.
    Baca Lagi
  • POSTING PILIHAN: 9 PEGAWAI DAN ANGGOTA TRAFIK BANTU MANGSA TERPERANGKAP DALAM KEMALANGAN KERETA

    Jan 31, 2020
    Warga netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat atas usaha mengeluarkan dua beradik yang terperangkap dalam satu kemalangan kereta di Kilometer 7, Jalan Bukit Pasir-Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor, petang tadi.
    Baca Lagi
  • OP SELAMAT 16: MEMOTONG GARISAN BERKEMBAR AKAN DISAMAN RM300 SERTA MERTA

    Jan 31, 2020
    Saman sebanyak RM300 akan dikeluarkan serta-merta kepada mana-mana pemandu kenderaan yang didapati memotong garisan berkembar sepanjang Op Selamat ke-16, bermula 18 Januari hingga 1 Februari 2020.
    Baca Lagi
  • 266 POLIS BANTUAN MAHB LAFAZ IKRAR, SUMPAH TAAT SETIA

    Jan 31, 2020
    Sepang, 31 Januari 2020 – Laungan ikrar dan sumpah taat setia oleh 266 pelatih Polis Bantuan bergema pada Majlis Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pagi tadi.
    Baca Lagi
  • WARGA POLIS KEDAH TERIMA PENGANUGERAHAN PJPN

    Jan 30, 2020
    Alor Setar, 30 Januari 2020 - Satu Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Siri 1/2020 bagi warga Polis Kontinjen Kedah telah berlangsung di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pagi tadi.
    Baca Lagi
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS