Kejayaan

DUA LELAKI DITAHAN JUAL ROKOK SELUDUP

Tampoi,12 Nov - Dua lelaki warga Indonesia ditahan dalam satu pemeriksaan yang dijalankan sepasukan Polis Marin (PPM) di sebuah kedai runcit dekat sini, hari ini.

Hasil pemeriksaan terhadap kedai tersebut menjumpai hampir 720 kotak rokok pelbagai jenis tidak mempunyai duti Kastam.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, anggaran rokok yang dirampas bernilai lebih kurang RM6,577.20 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

"Kedua-dua suspek bersama barang yang dirampas dibawa ke Markas PPM Wilayah 2 untuk tindakan selanjutnya, katanya lagi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS