Kejayaan

PPM TAWAU RAMPAS 161,078 LITER MINYAK DIESEL




Tawau, 18 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas sejumlah 161,078 liter minyak dalam Op Paradise yang dijalankan di kawasan Maju Layar Dockyard, Tanjung Batu, di sini, petang semalam. 

Menurut Komander PPM Wilayah 4 ACP Mohamad Madun lima lelaki masing-masing terdiri daripada kapten kapal, ketua jurutera, kelindan dan dua pemandu lori tangki minyak turut ditahan selepas didapati tidak mempunyai sebarang dokumen bagi menjalankan aktiviti pemindahan minyak diesel dari tangki lori ke dalam kapal Atlantic 10.

“Kapten kapal juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pembelian bahan bakar yang disyaki diperoleh dengan cara yang tidak sah,” terang beliau. 

Turut dirampas sebuah kapal, dua buah lori tangki dan hos minyak dengan keseluruhan rampasan termasuk minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,015,871.60. 

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS