Kejayaan

POLIS KUCHING KELUARKAN 69 SAMAN KESALAHAN JALAN RAYA

Kuching, 31 Ogos - Polis bandar raya ini mengeluarkan 69 saman bagi pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi pada petang menjelang sambutan Hari Kebangsaan di sini malam tadi.

Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek Ahmad hari ini berkata, saman itu dikeluarkan antara lain bagi kesalahan tidak membawa lesen memandu, tidak memakai topi keledar dan cukai jalan tamat tempoh. - BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS