Kejayaan

POLIS TAHAN TIGA INDIVIDU MILIKI 1,084 PIL KUDA BERNILAI RM27,100

Kuala Lumpur, 26 September 2016 - Polis menahan tiga individu dan merampas 1,084 pil kuda bernilai RM27,100 dalam dua serbuan berasingan di Kampung Chuchuh Puteri dan Kampung Kemubu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning berkata serbuan pertama dilakukan di Kampung Kemubu pada 4 pagi dan menahan lelaki berusia 32 tahun bersama 93 pil kuda dianggarkan bernilai RM2,325.

"Serbuan kedua pula dilakukan di Kampung Chuchuh Puteri pada 5 pagi dan kami
menahan sepasang suami isteri, masing-masing berusia 28 tahun.

"Dalam serbuan itu, kami merampas 991 pil kuda dianggarkan bernilai RM24,775 selain turut menyita sebuah kereta dan sebuah motosikal," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini, hari ini.

Abdullah berkata ujian air kencing mendapati dua lelaki berkenaan positif dadah dan ketiga-tiga suspek direman, masing-masing selama tujuh dan lima hari bermula hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39B ADB 1952.- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS