Kejayaan

MEKANIK DIREMAN ROGOL PELAJAR SEKOLAH

Kampar, 29 September 2016 - Seorang mekanik motosikal direman selama tujuh hari mulai Selasa lalu kerana dipercayai merogol seorang pelajar sekolah awal bulan ini. 

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Koong Soon berkata suspek yang berumur 31
tahun ditangkap pada Isnin lalu selepas mangsa yang juga teman wanitanya membuat laporan polis pada hari sama. 

Ng berkata mangsa yang berumur 16 tahun membuat laporan polis kerana merasa takut dan trauma akibat kejadian tersebut yang berlaku pada 1 Sept.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Kampar untuk rawatan pemeriksaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut Ng berdasarkan laporan polis, mangsa dirogol di rumah sewa suspek di Taman Bandar Baru Kampar kira-kira pukul 10.15 malam selepas selesai makan malam bersama seorang lagi rakan. 

"Suspek terlebih dahulu meminta mangsa untuk melakukan hubungan seks dengannya tetapi ditolak sebelum suspek kemudian bertindak kasar dan merogol mangsa," katanya. 

Ng berkata selepas kejadian itu, mangsa dihantar pulang ke rumah oleh suspek pada pukul 3.30 pagi keesokan harinya. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS