Kejayaan

KES GADUH, TIGA LELAKI DITAHAN POLIS

Petaling Jaya, 9 September 2018 - Tiga lelaki ditahan polis kerana terlibat di dalam satu pergaduhan di luar Kolej Tingkatan 6, Jalan PJS 5 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama berkata, pergaduhan yang tercetus pada kira-kira pukul 1 tengah hari itu disyaki berpunca daripada provokasi berbaur politik antara mereka.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun ditahan pada pukul 3 petang berhampiran tempat kejadian pergaduhan itu.

“Dua daripada mereka mengalami kecederaan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh,” katanya - BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS