Kejayaan

PEMANDU LORI DITAHAN

Kuala Kangsar, 15 September 2018 - Pemandu lori yang terlibat dalam nahas mengorbankan tiga lelaki, semalam ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Zahiri Hassan berkata, lelaki itu turut mengalami kecederaan di kepala.

"Siasatan awal mendapati lori tanpa muatan berkenaan dari arah Sungai Siput ke Kuala Kangsar manakala kereta yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai kenderaan berat itu cuba mengelak binatang lalu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta mangsa," katanya.

Menurutnya, impak kemalangan itu menyebabkan kereta mangsa terperosok di bawah lori berkenaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, jenazah ketiga-tiga mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beluru dalam satu liang lahad.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS