Kejayaan

VIDEO TULAR BELASAH PASANGAN SUAMI ISTERI: POLIS TAHAN DUA SUSPEK


Kota Kinabalu, 6 Jun 2019 - Polis telah menahan dua lelaki yang merupakan suspek utama dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis kedai di Api-Api Centre, di sini, Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, suspek yang ditahan tersebut berusia 67 dan 37 tahun.

"Dua suspek berkenaan akan dituduh di mahkamah pada hari esok dan polis masih memburu beberapa individu yang turut terlibat dalam kejadian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman CCTV tular di media sosial semalam menunjukkan sepasang suami isteri telah dipukul oleh beberapa lelaki di hadapan sebuah kedai di Api-Api Centre.

Bacaan lanjut di https://www.utusanborneo.com.my/…/belasah-pasangan-suami-is…

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS