Kejayaan

PGA SARAWAK RAMPAS ARAK DAN ROKOK SELUDUP BERNILAI RM3.8 JUTA

Miri, 18 September 2019 - Batalion 12 (BN12) Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas bir dan rokok seludup bernilai keseluruhan termasuk cukai RM3.8 juta hasil daripada serbuan ke tiga lokasi di sini pada Selasa.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dato' Khaw Kok Chin berkata dalam tiga serbuan terbabit, sejumlah 6,204 kotak bir dan 13,530 karton rokok telah dirampas.

"Pemeriksaan pertama di sebuah premis kedai di Jalan Grand Park menjumpai pelbagai jenis bir berjumlah 3,513 kotak yang dipercayai tiada bercukai. Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis turut ditangkap.

"Setelah itu, pemeriksaan kedua di sebuah rumah di Jalan Nasturium menjumpai pelbagai jenis rokok berjumlah 6,280 karton yang dipercayai tiada bercukai.

"Akhir sekali, pemeriksaan ketiga di sebuah kawasan di Jalan Lutong-Kuala Baram menjumpai pelbagai jenis rokok berjumlah 7,250 karton dan pelbagai jenis bir berjumlah 2,691 kotak yang dipercayai tiada bercukai yang diletakkan dalam tiga kontena," katanya dalam sidang media yang diadakan di BN12 PGA di sini pada Rabu.

Beliau berkata kesemua rokok dan bir dirampas dan rampasan akan diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk tindakan selanjutnya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana melindungi, menyimpan, menyembunyi atau mempunyai dalam milikannya atau membenarkan, membiarkan, menyebabkan atau mendapatkan untuk dilindungi, disimpan atau disembunyikan apa-apa barang-barang tidak berkastam atau barang larangan.

Sumber: Utusan Borneo Online

Image may contain: one or more people

Image may contain: 10 people, people sitting

Image may contain: 5 people


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS