Keratan Akhbar

ANGGOTA URB CEKUP LIMA ALONG SEDANG SIMBAH CAT

Tindakan lima along menyimbah cat membawa padah apabila ditangkap ketika sedang melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Dedap, Taman Johor Jaya, Johor pada jam 1230 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Abdul Samad Salleh berkata, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam terserempak dengan dua daripada suspek yang sedang membaling cat yang diletakkan di dalam beg plastik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Pemberi Pinjam Wang 1951 Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS