Keratan Akhbar

PENINJU TERBAIK KELAB PDRM BAKAL GEGAR STADIUM TITIWANGSA

Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM menghantar enam peninju terbaik mereka untuk menyertai Kejohanan DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Sabtu dan Ahad ini.

Pasukan pada kali ini diketuai oleh Pengelola Tinju dan Muaythai PDRM, ASP Mohd Hazilreza Mohd Ghazali dengan dibantu Inspektor Azlan Ab. Wahab yang baharu dilantik mengepalai kelab tersohor tersebut.

Menurut Setiausaha Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur, Firdaus Yaacop, kesemua peninju pada kali ini pernah mewakili negara ke Kejohanan IFMA World Muaythai Championship di Pulau Langkawi tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS