Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JSJK KESAN 20,602 AKAUN KELDAI DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI JENAYAH TELEKOMUNIKASI

Kuala Lumpur, 23 November 2019 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan 20,602 akaun keldai (mule account) membabitkan 25 bank di negara ini yang digunakan untuk aktiviti jenayah telekomunikasi sejak Januari sehingga September lalu.

Ia dikategorikan sebagai jenayah penipuan termasuk perbankan dalam talian, African Scam dan pinjaman tidak wujud.

Pengarah JSJK Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad berkata, ia menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu apabila sebanyak 23,968 akaun keldai dikesan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS