Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 17 REMAJA 'RAI HABIS SPM' DISAMAN POLIS

Melaka Tengah, 29 November 2019 - Sebanyak 17 saman dikeluarkan terhadap sekumpulan remaja yang seronok meraikan kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Klebang, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kontinjen Melaka, Superintendan Hassan Basri Yahya berkata, kesalahan itu melibatkan 17 remaja berpakaian sekolah melakukan aksi lagak ngeri semasa menunggang motosikal dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, mereka yang ditahan memberi alasan melakukan aksi terbabit sebagai ekspresi diri merdeka, habis SPM dan tamat persekolahan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian, di bawah.

Image may contain: text and outdoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS