Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: POLIS TUBUH PASUKAN KHAS SIASAT PENCEMARAN BAU DI SUNGAI GONG

Kuala Lumpur, 5 September 2020 - Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang mengakibatkan hampir 1.2 juta akaun pengguna sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin berkata pasukan tersebut ditubuhkan semalam selepas pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut.

“Pasukan ini disertai pegawai dan anggota polis bersama pihak berkaitan antaranya Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kerana mereka pakar dalam bidang ini,” katanya kepada Bernama.

Jelasnya, pemilik kilang dan pihak yang disyaki terbabit dengan kejadian berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada kilang berkenaan beroperasi secara haram atau sebaliknya, Dato' Noor Azam berkata perkara tersebut masih dalam siasatan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1876692

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS