Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs ARTIKEL PILIHAN: POLIS LANCARKAN OPERASI BESAR-BESARAN LUMPUH SINDIKET DADAH - TIMBALAN KPN

Kuala Lumpur, 5 September 2020 - Polis akan terus menjalankan operasi besar-besaran untuk melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah dalam negeri dan antarabangsa berikutan kejayaan pasukan itu merampas dadah dianggarkan bernilai RM65 juta dalam operasi di Perlis, Kelantan dan Perak.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis tidak akan berhenti melaksanakan operasi seperti dijalankan selama 3 hari di 3 negeri terbabit yang berakhir semalam, malah akan meningkatkannya bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah.

“Ini termasuklah mereka (pengedar dadah) yang menjadikan negara ini sebagai transit untuk bekalan dadah bagi pasaran luar negara,” katanya ketika mengulas kejayaan polis merampas dadah bernilai lebih RM65 juta seperti dilaporkan semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.freemalaysiatoday.com/…/polis-terus-operasi-be…/

Sumber: Free Malaysia Today

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS