Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM ISYTIHAR 'PERANG'


Kuala Lumpur, 7 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan 'perang' terhadap semua kegiatan jenayah terancang termasuk aktiviti perjudian, dadah dan penipuan dalam talian di negara ini.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menegaskan, bagi membanteras aktiviti perjudian, dua kaedah telah dirumuskan yang mana operasi besar-besaran akan dilaksanakan di seluruh negara.
Kata beliau, pihaknya mendapatkan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik, premis-premis judi selain mengenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
"Saya telah banyak terima aduan dan kecaman dari pelbagai pihak tentang masalah judi ini. Buat masa ini, selain judi, negara kita juga dilanda ancaman dadah dan scam.
"Lantaran itu saya telah berbincang dari hati ke hati dengan Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang mana ribuan operasi serbuan, rampasan, tangkapan dan pendakwaan telah dibuat dan akan dilakukan berterusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Kelmarin, beliau mendedahkan kepada Utusan Malaysia bahawa PDRM tidak lagi memberi muka terhadap tauke-tauke judi dengan menyenaraikan mereka untuk diambil tindakan bawah POCA.
Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut
Sumber: Utusan Malaysia


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS