Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANCAMAN DADAH SERIUS

Kuala Lumpur, 8 September 2020 - Tubuh grup khas di laman sesawang bagi mempromosikan penggunaan pelbagai jenis dadah termasuk Ganja di Malaysia.

Itu trend yang dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman mengenai ancaman dadah yang semakin membimbangkan apabila sekelompok individu secara 'terang-terangan' mengadakan perbincangan termasuk cara menanam pokok Ganja.

Lebih membimbangkan, grup Facebook yang mempunyai 120,000 pengikut itu dengan berani mendesak kerajaan memansuhkan hukuman mati selain membenarkan penggunaan dadah di negara ini.

Mendedahkan kegiatan itu kepada Utusan Malaysia, Pengarah JSJN, CP Dato’ Ramli Haji Din berkata, beberapa dalang penubuhan grup terbabit telah dikenal pasti dan pihaknya menjamin tindakan diambil dalam masa terdekat.

Tegasnya, JSJN serius mengekang kegiatan itu memandangkan grup terbabit dikhuatiri boleh mempengaruhi masyarakat untuk terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah termasuk Ganja.

"Bayangkan, mereka ini berani membincangkan cara-cara menanam pokok Ganja selain bagaimana mahu menggunakan bahan-bahan terlarang tersebut yang didakwa untuk tujuan 'baik' tanpa menjadi kesalahan di Malaysia.

"Kita juga telah bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mencari mekanisme terbaik mengawal perkara ini," katanya ketika ditemui di Bukit Aman, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: 4 people, text that says 'Polis buru dalang grup Facebook 120,000 pengikut Ancaman dadah serius NURAINA HANIS MASZUREENHADZMAN utusarnews@medamula.com.my KUALA LUMPUR: Tubuh grup khas esawang jenis dadah termasuk dikesan enayah Narko- apa- nembimbangkan, dengan enggunaan Pengarah 'Kita dane bertemu Tegasnya, mereka. serius mencari penagih tegar kejayaan boleh mempengaruhi peroleh dan ban- dadah pengedaran garai termasuk kira- ini,' RM65 kepada yang didakwa menjadi Negara, tujuan sehingga Hamid menyi- negara penyalah-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS