Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KEKOSONGAN PERJAWATAN POLIS TIDAK DIISI

Kuala Lumpur, 10 September 2020 - Kekurangan perjawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkan sebagai 'kritikal' jika diukur dari sudut nisbah polis dengan penduduk di negara ini yang jauh ketinggalan dengan standard piawaian ditetapkan Polis Antarabangsa (Interpol) iaitu 1: 250.

Ini berlaku terutamanya di bandar-bandar besar seperti di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang hanya mempunyai 1,648 perjawatan polis namun jumlah penduduk hampir mencecah dua juta orang iaitu nisbah polis dengan penduduk 1:1,213.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM sangat memerlukan pertambahan perjawatan kerana populasi penduduk semakin ramai serta kewujudan premis kediaman baharu.

"Apabila buka perumahan baharu, balai tidak ada dan penduduk mengadu masalah sukar mahu membuat laporan. Jadi, pemaju beri premis kedai untuk dijadikan balai sementara tetapi kami pula kekurangan kekuatan untuk ditempatkan.

"Kerja polis sangat banyak, belum lagi siapa yang perlu kendalikan saman, angkat mayat, cegah lumba haram dan lain-lain. Belum lagi mereka yang berpencen, jadi kami amat memerlukan pertambahan perjawatan dalam PDRM," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: house and outdoor, text that says 'Kekosongan perjawatan polis tidak diisi PDRM tak cukup anggota Oleh NURAINA HANIS dua orang iaitu nisbah polis ABD. HALIM hanis.halim@mediamula.com.my பமய KUALA LUMPUR: Kekurangan kepada Utusan Tan disifatkan diukur sebagai Hamid Badorb negara tambahan populasi penduduk yang dengan kewujudan Nisbah polis dengan penduduk 1:1,213 Malaysia 1:250 bangsa buka berlaku bandar tidak pendu mengadu mahu aporan. beri lijadi- pentadbiran Pejabat Petaling 1,648 yang hanya polis namun penduduk hampir mencecah mis kedai sementara kekuatan un- ditempatkan. Kosong KEADAANI Bandar kPuteride Rawang yang terbiar selepas tidak lagi beroperasi dipercayai'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS