Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM CADANG KLASIFIKASI KES PENCEMARAN SEBAGAI JENAYAH TERANCANG (SOSMA)

Kuala Lumpur, 10 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk mengklasifikasikan kes pencemaran alam sekitar di negara ini sebagai jenayah terancang.

Tindakan itu bagi membolehkan hukuman lebih berat diambil terhadap pesalah alam sekitar mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu dicadangkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kepada Peguam Negara dalam satu mesyuarat khas kelmarin.

"Dalam perbincangan itu, pihak polis telah mencadangkan hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah alam sekitar yang mempunyai unsur sabotaj (dalam kes pencemaran) dan (melakukan kesalahan) berulang kali.

"Kesalahan itu dicadangkan untuk diklasifikasikan sebagai jenayah terancang dan SOSMA adalah akta yang sesuai," katanya kepada pemberita di Maktab PDRM, Cheras dekat sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: text that says 'POLIS Diraja Malaysia (PDRM) )bercadang SOSMA hukum pesalah alam sekitar sekitar inegara ini sebagai jenayah hukuman berat dapat bawah Kesalahan Keselamatan PDRM cadang klasifikasi kes pencemaran sebagai jenayah terancang (SOSMA). Ketua olis Bador perkata. hukuman berat perlu dikenakan terhadap pesalah sengaja melakukan sabotaj yang Menurutnya, tindakan lebih Jabatan Jenayah kepada Peguam Negara dalam mesyuarat khas kelmarin. BERITA PENUH DI MUKA2 PENCEMARAN Sungai Kim Kim akibat sisa kimia Gudang, Johor 2019 erlakudinegaraini pernah'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS