Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA SINDIKET PROSES, EDAR DADAH RM5.16 JUTA TUMPAS

Kuala Lumpur, 12 September 2020 - Polis menumpaskan dua sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah selepas merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.16 juta, menerusi 15 serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, Rabu dan Selasa lalu.

Serbuan itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kuala Lumpur dan Selangor.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Tuan Zainudin Ahmad berkata, dadah disita termasuk Ketamin seberat 46.9 kilogram (kg), Syabu (1.55 kg), Pil Erimin 5 (37.7 gram), Pil Ekstasi (11.4 kg) dan serbuk dadah Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) (32.7 kg).

Pada masa sama katanya, seramai 17 individu termasuk dua wanita warga Vietnam berusia antara 28 hingga 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Kita turut berjaya tangkap ketua sindiket terbabit. Menerusi operasi sama, kita bongkar aktiviti sebuah makmal dadah di sebuah rumah.

"Mereka menjalankan aktiviti pengedaran dadah menerusi aplikasi media sosial seperti WeChat dan WhatsApp selain membuat penghantaran secara kecil-kecilan.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian berikut.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS