Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................
  • PENIPUAN SMS (URUS NIAGA KAD KREDIT) : Elakkan dari menjadi mangsa!

    Jan 13, 2017
    Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan kononnya satu urus niaga telah digunakan ke atas kad kredit anda di mana-mana premis perniagaan dan meminta anda untuk segera menghubungi nombor yang diberikan bagi tujuan pengesahan. Jangan cepat panik dengan cuba menghubungi nombor yang diberikan, kerana ianya mungkin helah sindiket yang akan merugikan anda kela!
    Baca Lagi
  • HELAH PANGGILAN TELEFON

    Sep 15, 2014
    Sindiket penipuan yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing ini membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana institusi kewangan. Panggilan tersebut dibuat bagi membuat pengesahan transaksi kad kredit yang kononnya milik anda. Taktik ini digunakan untuk memperdaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.
    Baca Lagi
  • PENIPUAN PINJAMAN BANK

    Aug 27, 2014
    SCAM ALERT : Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana iklan yang dipaparkan samaada menggunakan poster yang ditampal di tempat awam, risalah yang diedarkan di peti pos rumah dan kenderaan selain menyebarkan iklan sms ataupun kain rentang yang bertujuan menawarkan pinjaman palsu menggunakan nama dan logo bank-bank di Malaysia.
    Baca Lagi
  • PENIPUAN ALONG

    Aug 27, 2014
    SCAM ALERT: Memberi pinjaman wang secara haram dan mengenakan bunga yang sangat tinggi, dan biasanya akan bertindak ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar. Individu ini lebih dikenali dengan panggilan Along atau ceti haram yang mengucapkan kata-kata manis sebelum mangsa membuat pinjaman.
    Baca Lagi
  • PENIPUAN INTERNET (E-DAGANG)

    Aug 27, 2014
    SCAM ALERT: Pernahkah anda melakukan transaksi pembelian melalui internet? Peniaga akan menggunakan medium internet untuk mengiklankan barang-barang untuk dijual. Kaedah bayaran biasanya melalui deposit tunai, pemindahan akaun dan perbankan dalam talian ke dalam akaun bank yang diberikan suspek.
    Baca Lagi
  • LOVE SCAM

    Aug 27, 2014
    SCAM ALERT: Memancing cinta menggunakan kata-kata romantis dan janji-janji palsu untuk memperdaya mangsa merupakan satu lagi taktik penipuan ‘Love Scam’ yang digunakan untuk menjerat wanita/lelaki yang belum berkahwin dan wanita/lelaki lanjut usia yang memerlukan teman hidup.
    Baca Lagi
  • PANGGILAN DAN MESEJ PALSU

    Aug 27, 2014
    SCAM ALERT: Berhati-hati dengan panggilan dan mesej palsu daripada mereka yang mendakwa sebagai pegawai yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara, bank swasta, penyedia utiliti atau agensi penguatkuasaan. Ini satu PENIPUAN. Jangan panik. Fikir dahulu.
    Baca Lagi
  • SKIM PENIPUAN PONZI

    Aug 21, 2014
    Skim Penipuan Ponzi selalunya menggambarkan bahawa skim mereka adalah peluang pelaburan yang menguntungkan. Skim ini selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima daripada ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru seluruh skim akan gagal.
    Baca Lagi
  • Penipuan Kewangan

    Jul 18, 2014
    JANGAN JADI MANGSA: Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS. Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat keselamatan kewangan anda kepada sesiapa sahaja da..
    Baca Lagi
  • Skim Cepat Kaya

    Jul 18, 2014
    SCAM ALERT: Skim cepat kaya ialah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan ter..
    Baca Lagi
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS