Fakta @ Auta
.....................................................................................................................................................................................................................................................

FAKTA : KANAK-KANAK TIDAK BOLEH MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM



FAKTA @ AUTA

FAKTA : KANAK-KANAK TIDAK BOLEH MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM 

Walaupun undang- undang telah menetapkan kanak-kanak tidak boleh menyertai / direkrut menyertai sebarang perhimpunan haram, namun masih ramai ibu bapa mahupun penjaga yang masih ingkar dan taksub dengan fahaman politik masing-masing tanpa memikirkan kesan kepada kanak-kanak tersebut. 

Ianya menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Awam (Akta 736)

Seseorang telah melakukan kesalahan sekiranya menyertai sebarang perhimpunan di mana beliau:-

(a) Bukan warganegara 
(b) Menganjurkan perhimpunan di tempat larangan atau dalam jarak 50 meter dari had larangan.
(c) Menyertai dan menganjur protes jalanan
(d) Bertindak sebagai seorang penganjur perhimpunan di bawah umur 21 tahun 
(e) Kanak –kanak yang menyertai perhimpunan
(f) Merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan

HUKUMAN: Kesalahan di bawah Sek 4 (2) (a),(b),(c),(d) dan (e) dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 dan di bawah seksyen 4 (2)(f) dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.00

Jangan disebabkan ingin menuntut kepentingan diri kanak-kanak menjadi mangsa eksploitasi. 

Semak fakta atau auta sebelum terkena! Spread the news guys!

Sumber Imej : Utusan Online
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS