#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

ANDA TINGGAL BERSENDIRIAN? SILA BACA INFO INI




Mesti ada di kalangan ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan atau anda sendiri yang suka menetap bersendirian. 

Sukakan privasi dan tidak selesa berkongsi rumah dengan orang lain antara sebab yang biasa kita dengar.

Namun, malang itu tidak berbau. Tergelincir di bilik air, sesak nafas, sakit jantung, pengsan atau kes-kes jenayah boleh berlaku terhadap anda pada bila-bila masa tanpa sesiapa menyedarinya. 

Yang lebih teruk, insiden itu mungkin membawa maut dan hanya disedari oleh ahli keluarga, berhari atau berminggu selepas kejadian. Minta dijauhkan perkara ini. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, ada beberapa tips yang boleh praktik dan dikongsikan sekiranya tinggal bersendirian, iaitu:

1. Pastikan ahli keluarga dan rakan rapat mengetahui dan menyimpan alamat tempat tinggal anda.

2. Hubungi keluarga dan rakan sekerap yang mungkin. Mereka pasti akan risau dan segera ke kediaman anda sekiranya tidak menerima panggilan anda seperti kebiasaan.

3. Berikan kunci pendua kepada ahli keluarga atau rakan yang boleh dipercayai.

4. Sekiranya anda mempunyai penyakit, pastikan ubat-ubatan sentiasa mencukupi dan diletakkan di beberapa tempat seperti di bilik tidur, ruang tamu, ruang dapur dan bilik air.

5. Pastikan juga sistem keselamatan di rumah di tahap yang baik. Jika anda tinggal menyewa, minta izin tuan rumah untuk menukar mangga (ibu kunci) yang baharu. Dikhuatiri kunci tambahan yang lama masih disimpan oleh penyewa sebelum ini. Dan yang terakhir,

6. Berbaiklah dengan jiran tetangga. Mereka adalah orang yang paling dekat dan cepat memberi bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.

Sumber gambar: Google
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS