Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#SembangTrafik KEWAJIPAN BERHENTI JIKA BERLAKU KEMALANGAN DAN MEMBUAT LAPORAN POLIS

Seksyen 52(1) - Sesiapa juga yang memandu kenderaan bermotor hendaklah berhenti jika terlibat dalam kemalangan jalan raya;

Sekyen 52(2) - Mana-mana pemandu kenderaan bermotor yang terlibat dalam kemalangan jalan raya hendaklah melaporkan kemalangan itu di balai polis yang berhampiran dalam tempoh 24 jam.

Pemandu yang gagal mematuhi peraturan di bawah Seksyen 52(1) atau Sek 52(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara tidak lebih dari enam bulan.

#SayangiDiri
#IngatOrangTersayang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS