Menu

Kursus Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Siri 1/2009

Cheras - 10 Julai 2009. Majlis Penutup Kursus Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Siri 1/2009 telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah ( PGA/Pengurusan/ Sempadan/Keselamatan Lapangan Terbang) Jabatan KDN/KA pada pagi ini di Kompleks Lapang Sasar, Briged Tengah PGA, Cheras.

Hadir sama di majlis penutup kursus ini ialah Komander Briged Tengah PGA, YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, YDH Timbalan Komander Briged Tengah PGA YDH ACP Azizan bin Abu Taat, Pegawai Memerintah BN Khas KLIA, SUPT. Hapka bin Hj Mohd Said, Pegawai Memerintah BN 19 PGA, YDH SUPT. Amir hassan bin Bistamam serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Kursus Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Siri 1/2009 ini merupakan latihan sulung yang disediakan khas untuk pegawai dan anggota PGA yang melaksanakan tugas kawalan keselamatan lapangan terbang sebagai persediaan awal memantapkan lagi komitmen PDRM ke arah memberikan khidmat mengawal dan menentukan pintu utama negara selamat.

Kursus ini telah bermula pada 22 Jun 2009 sehingga 10 Julai 2009 yang terdiri daripada seorang pegawai dan 37 anggota lelaki dan 5 anggota wanita, di bawah tunjuk ajar jurulatih-jurulatih  Latihan Peperangan Khas 69 Komando yang diketuai oleh P/ASP Saiful Azmi bin Omar.

Melalui kursus ini, peserta-peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik latihan seperti :-
* Latihan Pengendalian Senjatapi menggunakan SMG dan pistol Semi Auto seperti Walter P.99, Bretha P.99 A3 dan HK MP5 A3
* Latihan Taktikal Shooting ( Close Quarter Shooting )
* Kawat Tempur Bilik
* Peningkatan Kekuatan Fizikal
Selain itu juga, peserta juga dilatih membuat penilaian situasi ketika berlaku kejadian, diterapkan semangat kerjasama dalam kumpulan bagi tujuan menyediakan satu pasukan yang cekap dan berkeyakinan bagi menghadapi kemungkinan semasa melaksanakan tugas.

Jabatan KDN/KA Bukit Aman juga telah merangka satu program supaya latihan ini juga akan diberikan kepada semua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melaksanakan tugas kawalan keselamatan Lapangan Terbang diseluruh negara melalui latihan berpusat. Bagi peringkat awal, sebanyak 5 Lapangan Terbang Antarabangsa telah ditempatkan dengan anggota PGA iaitu :-
- LTAB KLIA, Sepang Selangor
- LTAB Kota Kinabalu, Sabah
- LTAB Kuching, Sarawak
- LTAB Bayan Lepas, Pulau Pinang
- LTAB Langkawi, Kedah

PDRM juga akan meluaskan lagi peranan PGA untuk meningkatkan lagi kawalan keselamatan di seluruh lapangan terbang di Malaysia.  Pelaksanaan tugas kawalan keselamatan ini meliputi tanggungjawab mendominasi kawasan 'Landside' dengan melaksanakn tugas-tugas :-
- Kawalan Keselamatan bangunan terminal
- Melaksanakan kawalan keseluruhan parameter 'Landside' di LTAB
- Ronda Cegah Jenayah dan Ronda Cegah 'MANPADS'
- Pembolosan, penyeludupan manusia, senjatapi dan dadah
- Tugas 'Screening'  Individu dan kenderaan bagi mengekang tindakan khianat/ pencerobohan
- Pos Pemerhati
- Kawalaan dan menentukan keselamatan sasaran utama

Di majlis ini juga, tetamu jemputan telah dipertontonkan demo kemahiran peserta-peserta kursus dalam pengendalian pelbagai  senjatapi


Siap sedia menunggu ketibaan YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid


Nyanyian lagu 'Negara Ku'


Close Quarter Shooting merupakan kemahiran asas, demo dalam kedudukan berjalan


Berjalan dan berpusing serta melepaskan tembakan dalam jarak 7 meter menggunakan senjata HK MP5


Insp Mohd faizulazual bin Ab'llah menerima sijil dari YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid


Kons/W Norhasyimah bt Abd Razak menerima sijil dari YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid


Barisan Jurulatih dari 69 Komando


Gembira satelah tamat kursus yang bermula dari 22 Jun 2009 hingga 10 Julai 2009


YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid bergambar kenangan bersama para peserta kursus

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS