Menu

TYT MELAKA SEMAT PINGAT JPN KEPADA70 WIRA NEGARA

TYT MELAKA SEMAT PINGAT JPN KEPADA70 WIRA NEGARA
Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Ayer Keroh, 1 Okt – Bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian mereka kepada negara semasa era darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu, seramai 70 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (JPN).

Istiadat pengurniaan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka, di sini, semalam

Pingat itu dianugerahkan kepada petugas-petugas polis dan warga Polis Diraja Malaysia yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 sehingga 31 Julai 1960 dan era insurgensi komunis pada 17 Jun 1968 sehingga 2 Disember 1989 di negara yang berdaulat ini. 

Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak pula mereka yang berkhidmat dari tahun 1962 sehingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat.

Mendahului senarai, Datuk Christoper Wan Soo Kee, diikuti Dato’Koh Hong Sun, Datuk Mat Drus Sudin, Dato’ Benjamin Hj. Hasbie, Datuk Hj. Ismail Ibrahim, Datuk Hj. Abd Majid Ahmad, Datuk Mohamed Salim Abbas dan Datuk Hj. Mohd Idris Hameen Mapikar.

Di antara penerima JPN ialah Gan Ching Lew, Lim Ah Lew, Loo Chin, Raman Thangaveloo, Katijah Puteh, Roenah @ Roknah Hassan, Sokda Hj. Omar, Md Yunos Mohamad, Yassin Mat dan Hj. Zainal Jaafar.

Turut hadir Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan isteri Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim, DCP Dato’ Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka, SAC Hashim Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Bukit Aman dan Supt. Rabuan Pit, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Melaka.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS.

























PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS