Menu

PEMANDU TEKSI JADI MATA DAN TELINGA PDRM

PEMANDU TEKSI JADI MATA DAN TELINGA PDRM
Kuala Lumpur, 14 Okt – Dalam usaha mengekang jenayah kekerasan dan harta benda, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategi 7 (NBOS) telah menjalinkan kerjasama bersama pemandu teksi yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.

Pelaksanaan kolaborasi strategik PDRM menggunakan aplikasi MyTeksi yang dimuat turun di telefon pintar dilihat memudahkan pemandu teksi menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah terdekat apabila melihat sesuatu insiden jenayah atau kemalangan berlaku di sekeliling mereka. 

Ketua Polis Negara melalui ucapan perasmian beliau, mengharapkan supaya kolaborasi yang diwujudkan menjadikan pemandu-pemandu teksi di sekitar Lembah Klang lebih peka terhadap jenayah sekeliling mereka.

“Seramai 500 pemandu teksi telah diberi latihan dan taklimat dalam penyediaan maklumat yang hendak disalurkan kepada polis.

“Mereka diberi pendedahan berkaitan aspek-aspek keselamatan bagi membantu mereka memahami tanggungjawab serta peranan pemandu teksi di bawah kolaborasi ini seterusnya menjadi penghubung di antara masyarakat dan PDRM dalam memelihara keselamatan awam,” jelas beliau lagi.

Majlis pelancaran kolaborasi strategik PDRM bersama MyTeksi telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JPJKK (Operasi), DCP Dato’ Rusli Ahmad, Pengurus Besar Syarikat MyTeksi Sendirian Berhad, Puan Adelene Foo, barisan Pengarah PDRM dan Ketua-Ketua Polis Negeri.


Sekitar majlis pelancaran.


Sekitar majlis pelancaran.


Sekitar majlis pelancaran.


Ucapan oleh Pengurus Besar Syarikat MyTeksi Sendirian Berhad, Puan Adelene Foo.


Video cara penggunaan aplikasi MyTeksi.


Ucapan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

Gimik Pelancaran.

Puan Adelene Foo menyampakain cenderahati kepada Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar .


Gambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS