Menu

KEJAYAAN STING BANTERAS DADAH JADI CONTOH

Kuala Lumpur, 3 Dis - Kewujudan pasukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara langkah terbaik dalam usaha untuk mengurangkan penawaran dan permintaan dadah, sekali gus mengekang kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengetuai delegasi Malaysia dalam Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Dadah  (AMMDM) Ke-3 di Jakarta, Indonesia yang berakhir semalam telah berkongsi kejayaan membanteras pengedaran dadah bersama negara ASEAN lain.

STING yang dilancarkan pada 30 Januari lalu, dianggotai 200 petugas, daripada 61 pegawai dan 138 anggota berpangkat rendah dan seorang penjawat awam.

Pasukan adalah daripada individu terpilih dalam PDRM yang terbukti mampu menjalankan tugas secara komited, berintegriti, amanah dan sanggup mengorbankan kepentingan peribadi demi mencapai kejayaan dalam setiap misi.

Pasukan ini berperanan mengenal pasti 'kawasan hitam' pengedaran dadah, termasuk membabitkan kongsi gelap untuk 'diputihkan' selain mengambil tindakan ke atas pengedar dadah dan kongsi gelap mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK).

Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS