Menu

BALAI POLIS PERTAMA APLIKASI INISIATIF HIJAU

Pengenalan blueprint (rangka tindakan) Inisiatif Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Perdana Mentori, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari tahun lalu merupakan satu langkah terbaik untuk mengurus kecekapan tenaga di balai-balai polis.

Hasilnya, Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Jalan Burhanuddin Helmi, Kuala Lumpur menjadi projek perintis kepada rangka tindakan itu dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Rangka tindakan itu berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Malaysia Green Technology Corporation (Greentech Malaysia).

Ikuti penerangan berkaitan Inisiatif Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaksanakan.


Sumber: Kosmo
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS