Menu

DARI BUKIT AMAN: AMALAN HIJAU PDRM

Dalam kesibukan tugas menjaga keselamatan negara dan memelihara kesejahteraan awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ketinggalan dalam kebertanggungjawabannya untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi, bertujuan meminimumkan kesan negatif ekoran aktiviti manusia yang tidak terkawal. 

Amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau merupakan inisiatif PDRM untuk menyahut Dasar Teknologi Hijau Negara, sekali gus menjadi agensi kerajaan pertama dalam mempelopori amalan hijau bagi mengurangkan aktiviti harian yang boleh memberi kesan langsung ataupun tidak langsung kepada komuniti, persekitaran tempatan, serantau dan global. 

Usaha ini amat penting demi menjaga kelestarian alam sekitar kerana bumi yang kita hidup ketika ini adalah warisan generasi akan datang. 

Ke arah melestarikan alam sekitar, PDRM mengorak langkah permulaan dengan melancarkan Teknologi Hijau PDRM pada 27 Disember 2012 serta agenda 'Go Green PDRM' bertujuan meningkatkan kesedaran warga PDRM mengenai kepentingan pelaksanaan amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau. 

la merupakan inisiatif PDRM untuk menyahut Dasar Teknologi Hijau Negara di pejabat, balai serta institusi PDRM keseluruhannya.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS