Menu

PDRM SERTAI KARNIVAL YAHIJAU

PDRM SERTAI KARNIVAL YAHIJAU 

Pagoh, 7 Mac - Ke arah membudayakan aplikasi teknologi dan amalan hidup hijau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam Karnival Yahijau anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) bersama Yayasan Hijau Malaysia di Pagoh Muar, Johor. 

Dalam program itu, PDRM memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berhubung aplikasi amalan hijau yang telah dilaksanakan pasukan, selain melihat dan mengenali secara dekat skuad Amanita bersama skuter elektrik serta kereta hybrid di 'booth' pameran kelolaan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT). 

Karnival yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri itu turut memuatkan aktiviti-aktiviti menarik seperti tarian zumba, larian hijau, sukan rakyat, persembahan pentas dan lain-lain lagi.



YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merasmikan Karnival Yahijau anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) bersama Yayasan Hijau Malaysia 



YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri  melawat booth pameran PDRM.


SAC Dato' Haji Azri Bin Haji Ahmad, Timbalan Pengarah III Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Go Green PDRM.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS