Menu

BALAI TTDI BANGUNAN KERAJAAN PERTAMA TERIMA ANUGERAH 3 BINTANG.

Bukit Aman, 13 Julai - Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) hari ini menerima penganugerahan tiga bintang dan sumbangan 3R Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Syarikat Alam Flora Sdn Bhd dalam Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Hijau di Dewan Theatrette, Bukit Aman.

Amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau merupakan dasar PDRM selari dengan dasar teknologi hijau negara dan menjadikan PDRM sebagai antara agensi kerajaan yang ke hadapan dalam mempelopori pelaksanaan amalan teknologi ini di sector kerajaan.

Selain itu, PDRM turut mempraktikkan program kitar semula 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di Bukit Aman bagi tujuan pengumpulan dan pelaksanaan kitar semula yang lebih sistematik untuk menguruskan kutipan dan hasil dari kertas-kertas yang dikitar semula yang mana akan dikembalikan kepada PDRM untuk faedah jabatan.

Usaha kolaborasi PDRM bersama DRB HicomEviromental Service SdnBhd (DHES) yang merupakan anak syarikat milik Alam Flora Sdn Bhd diharapkan dapat mewujudkan kesedaran seterusnya meningkatkan pengetahuan kepada warga PDRM dan masyarakat sekeliling khasnya.

Turut hadir pada hari ini, Pengarah Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Timbalan Pengarah I Jabatan StaRT, DCP Dato’ Zaleha Abdul Rahman, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Pegawai Jabatan Kerja Raya serta Pegawai Alam Flora Sdn Bhd.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS