Menu

PDRM TERUS KOMITED TERUSKAN AMALAN HIJAU

Kuala Lumpur, 16 Dis – Majlis Perasmian Green Day Program PDRM telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Bagi memantapkan pelaksanaan Go Green PDRM ini di masa datang, PDRM sekali lagi dengan usahasama Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Malaysia Green Technology Corporation sedang bersama-sama membangunkan Pelan Tindakan Jangka Panjang Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau bagi tahun 2016-2020 (Blueprint 2.0) di mana sasaran dan strategi yang baru akan ditetapkan selari dengan agenda teknologi hijau yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11),” ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya.

Sebelum itu, beliau menjelaskan bermula dengan pelancaran Teknologi Hijau PDRM pada 27 Disember 2012 Blueprint Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM telah dibangunkan dan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 9 Januari 2014 dengan tujuan mewujudkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan warga PDRM tentang konsep amalan hijau dan aplikasi teknologi.

“Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) telah terpilih untuk dijadikan sebagai ‘pilot project’ di bawah usahasama GreenTech Malaysia di mana aktiviti ‘retrofit’ telah berjaya menghasilkan pengurangan penggunaan tenaga sehingga 32% dan pembebasan karbon dioksida sebanyak 2060 kilogram pada tahun 2015”, katanya.

Menurutnya lagi, pelaksanaan amalan hijau ini seterusnya dilanjutkan dengan projek pemasangan Sistem Solar Hibrid di Balai Polis Pulau Mabul yang turut memberi pulangan signifikan dari segi penjimatan kos bahan api dan pengeluaran karbon.

“PDRM juga telah memperkenalkan kereta peronda berwajah baru serta meyokong konsep amalan hijau bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang telah lama serta mempunyai kadar pencemaran dan emisi yang tinggi. 

“Penggunaan skuter elektrik ‘Eclimo’ oleh Skuad Amanita PDRM juga adalah sebahagian daripada inisiatif amalan hijau PDRM bagi mengurangkan kos bahan api termasuk pencemaran udara dan bunyi di mana ia telah mencapai penjimatan kos sebanyak 68.58% serta pengurangan pembebasan karbon dioksida sebanyak 44.63% berbanding motosikal konvensional”, tambah beliau lagi. 

Selain itu, PDRM tidak ketinggalan melaksanakan konsep 3R (Reduce, Reuse & Recycle) bagi mengelakkan pembaziran sumber.

Hadir sama dalam majlis pada hari ini, Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Loo Took Gee, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan Hijau Dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua Pegawai Eksekutif Green Tech Malaysia, IR. Ahmad Hadri Haris serta pegawai-pegawai kanan PDRM.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Loo Took Gee, 


Antara yang hadir.


Ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Green Tech Malaysia, IR. Ahmad Hadri Haris.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan.


Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menanda tangani Doodle Sketcher.


IR. Ahmad Hadri Haris menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.


Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada Datuk Loo Took Gee.
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyiram pokok sebagai simbolik perasmian.


Antara kereta elektrik yang dipamerkan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS