Menu

KEMPEN 3R DEKATI POLIS DAN MASYARAKAT

Oleh : L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin

Kuala Lumpur, 20 April – Berteraskan dasar alam sekitar negara dan dasar teknologi hijau negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Terpakai kepada Program Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Perdana yang turut berlangsung di SMK Desa Perdana, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Sumbangan berbentuk 25 unit komputer merupakan program ‘3R’ PDRM dalam membangunkan bidang teknologi maklumat bagi tujuan pembelajaran di dalam kelas Program Pendidikan Khas di SMK Desa Perdana.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah I, Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) PDRM, DCP Dato’ Aidi Ismail yang diserahkan kepada Pengetua SMK Desa Perdana, Puan Rohana Yusof.

“Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada langkah progresif PDRM dalam mewujudkan Inisiatif ‘Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia’ sempena program 3R PDRM untuk mempraktikkan amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau ke arah melestarikan PDRM dan menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan masyarakat dalam aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial”, kata DCP Dato’ Aidi Ismail ketika menyampaikan ucapannya.

Turut diadakan pada majlis tersebut adalah pameran dan persembahan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Amanita, Unit Bermotosikal Cawangan Pengangkutan, dan Unit K9 PDRM.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Telekomunikasi Dan Sistem Maklumat Jabatan StaRT PDRM merangkap Pengerusi Program 3R, SAC Dato’ Mat Kasim Karim, Ketua Unit Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Hamizar Abdul Hadi, dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Desa Perdana, En. Ch’Ng Kok Seng.

DCP Dato Aidi Ismail, Timbalan Pengarah I StaRT (1) Menyampaikan ucapan
DCP Dato Aidi Ismail, Timbalan Pengarah I StaRT (1) ketika menyampaikan ucapan.

ucapan Pengetua SMK Desa Perdana
Ucapan Pengetua SMK Desa Perdana, Puan Rohana Yusof.

Mock Cek simbolik Penyerahan Komputer kepada SMK Desa Perdana
DCP Dato’ Aidi Ismail menyampaikan Mock Cek simbolik Penyerahan Komputer kepada Pengetua SMK Desa Perdana..

DCP Dato Aidi Ismail, Timbalan Pengarah I StaRT (1) Melawat Kelas Program Pendidikan Khas
DCP Dato Aidi Ismail melawat Kelas Program Pendidikan Khas..

Sekitar Pameran (4)
Sekitar pameran..

persembahan Unit K9 PDRM (2)
Persembahan Unit K9 PDRM.







PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS